Click here for Myspace Layouts

cintan-cintun kami..

Daisypath Anniversary tickers

engagement days

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 10 March 2011

Ya Allah!! Tabahkan la hati hamba mu ni...

Pelatih mati diserang jangkitan Adenovirus
Oleh NOR SHAFAWATI YUP dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
KUALA LUMPUR – Seorang pelatih konstabel di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, yang sebelum ini didakwa diserang virus misteri, meninggal dunia kelmarin setelah empat hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Mohd. Azizan Azidi (gambar), 25, dari Kampung Sayong, Kuala Kangsar, didapati mati akibat serangan jangkitan Adenovirus.
“Dia dirujuk ke ICU pada 5 Mac lalu kerana memerlukan rawatan rapi dan disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 malam Selasa lalu.
“Maklumat lanjut yang diperoleh mendapati, semenjak melaporkan diri di Pulapol pada 1 Februari lalu, dia hanya menjalani aktiviti latihan kawad dan sentiasa berada di pusat latihan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam.
Tiong Lai memberitahu, sehingga pukul 8.30 malam Selasa lalu, seramai 210 pelatih didapati mengalami gejala penyakit seakan-akan influenza (Influenza-Like-Illness).

-Allahhuakbar!! Allahhuakbar!! Allahhuakbar!!  Itu saja la perkataan yang mampu keluar dari mulut aku selepas aku tahu berita ni.  Sebab buah hati sedang menjalani latihan di situ... Aku di sini hanya mendoakan keselamatan dan kesihatan dia di sana. Aku harap dia sihat-sihat saja.
-Amin-
              
        
                    




No comments:

Post a Comment